Thursday 4 August 2011

Siem Reap

19hb

Jam menunjukkan 5.30 am waktu Thai. Hakimie Amin menggeliat kuat tanda protes kepada bunyi alarm Sony milik aku. Selesai mandi dan solat kami terus bergerak ke Morchit Bus Station. Taxi=350b. perjalanan mengambil masa dalam 20minit. tiba disana terus bergegas ke kaunter tiket dan membayar 220b untuk perjalanan ke Aranyapratet (border Thai).  4 jam setengah kemudian kami tiba di aranyapratet, dan ditarik ke kaunter untuk menolong kami mengisi borang yg boleh kami isi sendiri. cuba untuk lari tp daya tiada. melayang 40b. huhuhu. selesai urusan imigresen, dengan menaiki free shuttle bus kami dibawa ke Stesen Bas Poipet (Cambodia border.)


Bas didapati telah melipat kami apabila hampir 2 jam menunggu, jangankan bas, penumpang2 yang membeli tiket bas pun telah semakin berkurangan apabila kesemua mereka bertindak menjual tiket bas dan mengambil teksi. secara kebetulan kami dipelawa 2 org mat saleh menaiki sebuah teksi dengan bayaran $12 soram. dalam perjalanan pasangan dari eropah tersebut memberitahu mereka telah ke 44 buah negara. bertuahnya mereka dalam perkara ini. teringat akan pemandu pelancong kerajaan kemboja yg kami jumpa di morchit sebelum ini. dia memberitahu betapa bertuahnya kami menjadi rakyat malaysia, dapat sambung belajar dan travel ke negara orang. dia sebelum ni belajar jgk, tp quit sbb nk kerja. begitu lah dunia. bak kata hakimie amin: pandang orang di atas, anda tidak akan pernah rasa cukup. lihatlah orang dibawah, anda akan sentiasa bersyukur~

 tiada di Malaysia. inilah stesen minyak.


20hb July
Angkor Wat Exploration

Perancangan awalnya adalah untuk mendapatkan sunrise. tp cuaca tidak mengizinkan. bertolak dari hotel jam 7 pg. 

Bayaran $20 per person untk entrance fee. Mr T mencadangkan agar tour kami di buat melawan arah jam untk mengelakkan pertembungan dengan pelawat lain. ternyata pendapatnya tepat apila sampai di sras srang (pool of the king) tiada langsung kelibat mat saleh. yg ada hanya penduduk tempatan, bahkan terdapat sekumpulan remaja perempuan sedang mandi manda dgn gaya berkemban ala-ala zaman dahulu kala di tasik tersebut.
sras srang

Persoalan misteri hingga sekarang adalah kenapa bandar besar seperti Angkor Wat ditinggalkan begitu sahaja. Banyak cadangan jawapan diberikan, antaranya kerana faktor alam sekitar. dikatakan kemarau yg berlaku pada abad ke 14 menyebabkan sistem perairan Angkor Wat menjadi lumpuh dan rakyat mula meninggalkan bandar ini utk mencari sumber air utk terus hidup. Pandangan ini bagaimanapun kurang popular dikalangan sejawaran. Pendapat lebih popular mengatakan yang Angkor Wat ditinggalkan kerana serangan Ayuttia (Siam). Setengah pendapat yang lain menyebut akibat serangan kerajaan Islam Champa.



Ta Prohm (lokasi filem tomb raider)




Bayon
Perkara menarik tentang Angkor Wat adalah kesuluruhan bandar di bina atas kepercayaan dua agama; Hindu dan Buddha. Pada mulanya kebanyakan binaan banyak dipegaruhi Hindu. Kemudian Raja Jayavarman VII  yang dikatakan kecewa dengan dewa Hindu berubah hati kepada Buddha. Selepas zamannya, ditukar kepada Hindu, kemudian Buddha balik sehingga sekarang... proses pencarian tuhan sebenar ini berulang-ulang sehingga dapat dlihat pada senibina Angkor Wat. Bayon adalah antara senibina  Buddha. Bersyukurlah kita yang asal Islam dan selamanya Islam...


















Selesai sudah. Banyak pengalaman di sini. Antaranya, sini adalah tempat pertama kami berjaya di kenal pasti sebagai rakyat Malaysia. (oleh budak dlm lingkungan 9-10thn) Sebelum ini, semua yg kami jumpa akan secara serkap jarang mengatakan kami samada orang Thai atau Filipina.. huhuhu... overall siem reap adalah bandar yg kaya dgn penduduk ramah tamah. English speaker pun senang dicari.

Namun amat sukar utk ketemu local halal food. kalau ada pun Arab food yg agak mahal utk budget traveller spt kami. ada satu di bandar, tulisnya halal, tp penjualnya bapok yg xnampak macam islam. jd utk mengelakkan syubhat kami xsinggah. setelah melakukan siasatan dan temu bual, kami menjumpai satu restoran milik Imam satu2nya masjid di Siem Reap. dalam 300m dr masjid terletak beliau punya kedai makan, anak beliau yg masak, agak cantik walaupun masakannya tidak seberapa sedap. huhuhuh. malang tiada bukti bergamba utk ditunjuk~

21hb. bertolak ke Phnom Penh.