Friday 24 February 2012

Saigon (Ho Chi Min)

23hb.
saigon atau sekarang dikenali sbagai ho chi min (sempena nama kepala comunist vietnam) merupakan syurga membeli belah, dikatakan kualiti di sini lebih elok dr guangzhou dan bangkok. setelah melalui 3 bandar (bangkok, siem reap, phnom penh), barulah kami dapat melihat kelibat pelancong malaysia dengan jumlah yg agak ramai...

Ben Thanh Night Market.

24hb. 
chu chi tunnel. terletak kira-kira 50km dari pusat bandar saigon.

perangkap babi hutan. tp yg biasa kena adalah askar laknat amerika. 

segagah tank amerika, terbengkalai jgk oleh bom buatan sendiri makcik2 vietnam.


hakimie amin mencuba kemahiran beliau menggunakan senapang, skali lg.. kali ini precision 95.3%.



Puan Ubaidah sempat menggolek beras utk dijadikan tepung sambil mecceritakan nostalgia beliau ketika kanak-kanak utk dijadikan teladan bersama~

kasut utk comunist jr

hakimi amin menunjukkan bakat beliau iaitu menyanyi di dalam gua sambil diperhatikan mr tony si askar tempang~

dijamu ubi rebus dicicah sambal kacang dengan tea cina oleh mr wong.
















antara souvenir di sini~


kami kemudian balik ke saigon. dan makan.

di sini terdapat byk restoren halal. berhadapan dgn masjid.



kemudian ke War Muzeum.


kepada peminat sejarah, ini adalah tempat wajib dikunjungi jika ke saigon. banyak photo2 menarik oleh journalist photographer tersohor pada zaman perang vietnam seperi larry burrow, eddie adam dan nick ut (the famous burned girl kim phuc).



round sekitar bandar~



bangunan2 bercirikan arkitekture eropah byk di sini kerana sebelum perang dunia ke 2, vietnam dikuasai oleh perancis. bangunan di atas adalah post office~

overall, saigon mengajar kami bagaimana kerasnya hati comunist dan org awam vietnam dalam perang melawan kapitalis walaupun perang vietnam sebenarnya hanyalah bisnes besar amerika. penjualan senjata; bom, rifle, napalm, mortar kepada kedua-dua pihak; north n south vietnam telah mengakibatkan berjuta2 nyawa hilang, berjuta2 duit dihabiskan dan berjuta2 org cacat~

end of trip, back to malaysia.

Phnom Penh

21hb. 2.30pm.
check in di city centre hotel.

Mood utk travel semakin berkurangan. byk faktor; bacaan di internet mengatakan phnom penh agak tidak selamat utk jln2 sekitar bandar, pernah terjadi kes ragut DSLR. agak merunsingkan. bandarnya juga agak berdebu. Agak sukar mendapati makanan halal di sekitar hotel. Nasib baik ada gerai burger Ramly. Last day baru jumpa kedai makan Malaysia~ siap ada bendera Malaysia. jumpa pun lepas siap bungkus burger Ramly... jadi lerak tea sajalah~ huhuhu~

22hb. tour around phnom penh.

destinasi pertama: thunder ranch shooting range.


harga usd$30 utk Ak47. $25 utk m16. kami pilih ak47, xde kt malaysia.

Precision membanggakan. xsia2 main counterstrike.

yg aku pegang m60 klau xsilap. berat nk mampos. Rambo pegang sambil lari2 rilek je aku tgk. so aku terpikir, adakah rambo tipu atau aku yg xmakan nasik~



seterusnya ke Killing Field.




Tuol Sleng prison.

penjara ini merupakan sekolah yg direnovate. kenapa sekolah?? Kerana kebanyakan pegawai tertinggi Khmer Rouge adalah merupakan cikgu. Mereka adalah golongan terpelajar yang mana kebanyakan mereka mendapat biasiswa belajar di perancis dan terpengaruh dgn ideologi comunism perancis sebelum menubuhkan rejim zalim ini ketika kemabali ke Cambodia.




hakimie amin pening memikirkan bagaimana golongan2 terpelajar ini boleh menjadi begitu zalim seperti kaum yaajuj makjuj~

trauma masih menyelubungi kami dengan kejadian di bangkok. jadi kami mengambil keputusan tidak mendekati golongan burung tersebut.

Mr Jack the best tuk tuk driver in Phnom Penh. rekod 16 tiang api willie menggunakan tuktuknya.

overall, bg aku, kalau xde Pol Pot, Khmer Rouge, Phnom penh memang xde apa2. so bg aku pol pot walaupun amat kejam dan zalim dengan pembunuhan berjuta2 rakyat sendiri, masih contribute utk ekonomi dan sektor pelancongan bumi phnom penh~


23hb. Menuju Ho Chi Min city, south vietname~

Last view of cambodia, menuju ke Saigon~