Saturday 30 July 2011

Bangkok 2

18hb July
Bergerak dari hotel menuju ke Silom BTS station. Plan hanya nak menghabiskan sisa sehari masa ke Muzium forensik dan Wat Arun menaiki express boat.


Masuk Lumphini Park jap, snap sekeping dua gamba~
 Sabey~


 Si Phraya Pier. Terdapat banyak Pier/jeti di sini. Berhati-hati kerana jika nasib tidak baik, tuk-tuk akan membawa anda ke jeti tempat river cruise yang amat mahal (1000b/person). Jeti ini adalah untuk taxi/express boat yang digunakan sebagai alat pengangkutan di sini. tambang bergantung, dlm lingkungan 10-30 baht sahaja. cross river 3baht (30sen). Jadi untuk mengelakkan dilipat untuk kali kedua, kami mengambil teksi bermeter untuk ke tempat ini. dan tunjukkan lokasi pier yang betul pada map untuk mengelakkan salah faham.  Express boat ini hanya setakat pukul 3pm. (dalam gamba: taiko kim)
 Lokasi jeti sepanjang Chao Phraya River. Bot disini dibezakan dengan warna bendera dan hanya bot tertentu akan berhenti di jeti tertentu. (biru, kuning, oren). 



Singgah di Wat Arun





 Malang menimpa apabila Forensik Museum di Siriraj Hospital tidak dibuka pada hari tersebut kerana cuti rasmi hospital. huhuhuh

 Berjalan kaki ke National Museum, malang berganda apabila turut ditutup setiap Isnin. huhuhuh sekali lagi.

3 minit selepas tiba di hadapan muzeum ini, kami disapa seorang pakcik. Beliau mencadangkan kami ke beberapa tempat seperti Standing Buddha (gambar bawah), dan wat di pusat bandar. Destinasi ke tiga dicadangkan adalah ke Expo batu permata. Kami dengan gembiranya mengucapkan terima kasih dan menaiki  tuktuk yang ditahan oleh pakcik tersebut.

 Tiba di 'Gem Expo' terbabit, kami berasa hairan kerana tempat yang dibawa adalah kedai permata biasa. Risiko untuk tidak keluar tanpa membeli adalah besar jika kami masuk. Jadi kami dengan sopannya meminta drebar tuktuk untuk menghantar kami ke Banglampu. Hasil dari google search mendapati rupanya pakcik tesebut adalah agen kepada kedai permata yang mendapat komisen dari setiap pembelian yg dibuat. begitu juga dengan driver tuktuk. Bangkok adalah bandar lipat-melipat dan scam terbesar. Jadi berhati-hati. 


Hidden Halal Restaurant di Banglampu. Kalau sesiapa perasan, apa saja yang berkaitan dengan Islam mesti berada di celah2 lorong gelap dan tersembunyi. Kredit to pakcik jual meat ball depan lorong Hidden Masjid Banglamphu yang inform tentang kewujudan kedai ini.





Sekian berita dari Bangkok. Kembali ke Hotel menuju ke Siem Reap.

Friday 29 July 2011

Bangkok

16hb July.
Kami tiba di Bangkok pada jam 12 t.hari (GMT +7). Tunjuk arah Encik Nik Rahman, lawyer dari Pattani melancarkan perjalanan kami ke Hotel dengan menaiki tren MRT dan BTS. Check in @ imm fusion sukhumvit jam 1pm. 2 jam berehat, kami keluar jalan-jalan sekitar Sukhumvit Soi 3 yang terkenal dengan beraneka restoren Halal, mencari sesuap nasik. malangnya, oleh kerana tersalah port, kami terdampar di lorong tok2 arab (bukit bintang versi bangkok) yang harga nasik sepinggan mencecah 120baht. xlawey boh~ last2 kekoh kebab. kena 110baht jgk soram sekali dgn air. huhuhu


Tok Arab di mana-mana!

Driver tuk-tuk ini telah melipat kami. 250bhat keno. Akibat kurang planning.

Last skali membuang sedikit masa yang ada menonton Harry Potter di MBK. 140baht. 


17hb July.
Bangkok merupakan syurga shopping untuk orang yang nak shopping. Chatuchak weekend market adalah antara tempatnya.


Saman Islam Halal Restaurant: 60baht sepinggan. Sini xsusah cari halal food.
Young entrepreneur.
Perabot pun ado dijual disini.
Daun kadok.
huhuhu, satay.
Buku terpakai.
Otai~
Seni~

Setelah penat memusingkan diri di Chatuchak, kami beredar tanpa sebarang pembelian menuju ke Grand Palace. tapi oleh kerana enterance fee melebihi bajet (350 b per person), kami xjadi masuk. jadi, snap2 3 keping gamba diluar sebelum berangkat ke Khao San Road. jalankaki.

Hakimie Amin begitu gembira bermain-main dengan burung tanpa mengetahui akibat perbuatannya itu. hahaha

ps: sebelum gamba ni di ambil, kami di approach oleh soram makcik yg nampak macam aktivis burung2 sedunia yg bagi2 makan kt burung. beliau memberi kami 2 plastik berisi jagung, dan menyuruh kami memberi makan kepada burung2 disekitar kawasan tersebut. kami dengan senang hati dan gembira, melakukan aktiviti kemasyarakatan tersebut. habis saja jagung2 itu, tiba2 makcik tersebut bertukar wajah menjadi raksasa. beliau meminta 300 baht soram. taik idung masam punya makck. kami membayar dengan diskaun 70%, iaitu 100 baht soram. hangus~

Hidden Masjid of Banglamphu, berdekatan dengan KSR. 

KSR : backpacker's heaven.