Friday 29 July 2011

Bangkok

16hb July.
Kami tiba di Bangkok pada jam 12 t.hari (GMT +7). Tunjuk arah Encik Nik Rahman, lawyer dari Pattani melancarkan perjalanan kami ke Hotel dengan menaiki tren MRT dan BTS. Check in @ imm fusion sukhumvit jam 1pm. 2 jam berehat, kami keluar jalan-jalan sekitar Sukhumvit Soi 3 yang terkenal dengan beraneka restoren Halal, mencari sesuap nasik. malangnya, oleh kerana tersalah port, kami terdampar di lorong tok2 arab (bukit bintang versi bangkok) yang harga nasik sepinggan mencecah 120baht. xlawey boh~ last2 kekoh kebab. kena 110baht jgk soram sekali dgn air. huhuhu


Tok Arab di mana-mana!

Driver tuk-tuk ini telah melipat kami. 250bhat keno. Akibat kurang planning.

Last skali membuang sedikit masa yang ada menonton Harry Potter di MBK. 140baht. 


17hb July.
Bangkok merupakan syurga shopping untuk orang yang nak shopping. Chatuchak weekend market adalah antara tempatnya.


Saman Islam Halal Restaurant: 60baht sepinggan. Sini xsusah cari halal food.
Young entrepreneur.
Perabot pun ado dijual disini.
Daun kadok.
huhuhu, satay.
Buku terpakai.
Otai~
Seni~

Setelah penat memusingkan diri di Chatuchak, kami beredar tanpa sebarang pembelian menuju ke Grand Palace. tapi oleh kerana enterance fee melebihi bajet (350 b per person), kami xjadi masuk. jadi, snap2 3 keping gamba diluar sebelum berangkat ke Khao San Road. jalankaki.

Hakimie Amin begitu gembira bermain-main dengan burung tanpa mengetahui akibat perbuatannya itu. hahaha

ps: sebelum gamba ni di ambil, kami di approach oleh soram makcik yg nampak macam aktivis burung2 sedunia yg bagi2 makan kt burung. beliau memberi kami 2 plastik berisi jagung, dan menyuruh kami memberi makan kepada burung2 disekitar kawasan tersebut. kami dengan senang hati dan gembira, melakukan aktiviti kemasyarakatan tersebut. habis saja jagung2 itu, tiba2 makcik tersebut bertukar wajah menjadi raksasa. beliau meminta 300 baht soram. taik idung masam punya makck. kami membayar dengan diskaun 70%, iaitu 100 baht soram. hangus~

Hidden Masjid of Banglamphu, berdekatan dengan KSR. 

KSR : backpacker's heaven.


No comments:

Post a Comment